Wednesday, July 22, 2009

.:Pemuda Bervisi Dapat Panggilan Daripada rapidKL:.

22 Julai 2009, Rabu.

Hari ini merupakan hari yang tenang. Langit mendung dilitupi awan yang berkabut menghiasi latar permulaan hidupku untuk hari ini. Tambahan pula fenomena Gerhana Matahari yang melintasi benua Asia hari ini turut berlaku pada waktu pagi. Indah sekali ciptaan Tuhan yang Maha Esa.

Aku mulakan hari ini dengan pelbagai urusan. Mula-mula aku mencetak Keputusan Permohonan Stiker Kenderaan Pelajar dari portal e-HEP UiTM yang telahpun diluluskan. Ini kerana untuk semester baru ni, kereta aku belum lagi didaftarkan secara sah di UiTM. Kemudian, aku terus ke AMBANK Seksyen 9 untuk membayar Loan kereta aku buat kali pertama. Bayaran sebanyak RM4XX aku hulurkan ke kaunter. Selepas itu, aku terus keluar menuju ke Pejabat Bahagian Keselamatan UiTM untuk mendapatkan stiker kenderaan.

Urusan kali ini cukup mudah. Tak perlu mendapatkan cop di Pejabat Unit Pengurusan Non-Resident seperti dulu-dulu. Once dah approved, terus cetak dan beli stiker. Maka aku terus ke kaunter 1 untuk bayaran RM2. Dan kemudian terus ke kaunter 3 untuk mendapatkan stiker yang siap diletakkan nombor kenderaan aku padanya. Aku terus berlalu dari pejabat itu dan menuju ke Pejabat Unit Pengurusan Non-Resident UiTM yang terletak di Kompleks Teratai Satu.

Aku berjumpa dengan staf-staf di situ. Mereka cukup mengambil berat tentangku. Sebaik sahaja mereka menerima berita tentang kemalangan yang melibatkan aku minggu lepas, Pengurus UPNR terus menghubungi aku dan bertanyakan khabar. Maka, kunjungan aku kali ni adalah untuk melawat mereka pula. Aku sempat berborak untuk seketika bersama Pengurus UPNR dan kemudian aku keluar.

Kali ini aku menuju pula ke Pejabat Penasihat Undang-undang UiTM yang terletak di Tingkat 6, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM. Tujuan aku adalah untuk mengadu tentang hal yang melibatkan aku (juga mangsa lain) dengan pihak rapidKL. Bagus juga mereka ni. Semua staf di pejabat ini sangat membantu. (Butir pertemuan aku dengan pegawai di sini biarlah menjadi rahsia kerana tidak mahu menyentuh sensitiviti sesetengah pihak). Setelah beberapa ketika di situ, aku pun terus beredar.

Kali ini aku menuju pula ke Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR1) yang terletak di Puncak UiTM berhampiran Menara Sultan Abdul Aziz Shah (Menara SAAS). Aku tenang di sini. Aku sempat membaca beberapa jurnal berkaitan WaterGate Scandal. Menarik juga. Selama hampir 2 jam aku di PTAR 1, aku pun blah dan menuju ke MultiLevel Parking Building untuk mengambil kereta.

Kemudian, aku ke Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media untuk ke kelas. Kelas aku pukul 2.10 ptg iaitu Intercultural Communication - Puan Massila. Kelas ni cukup menarik. Minggu ni sudah ada empat presentation dan semuanya running smoothly.

Sebaik sahaja kelas aku tamat pada kira-kira jam 5.10 petang, aku terus keluar dan menuju ke Cafeteria. Dalam perjalanan tu, sempat la jumpa 2-3 orang yang bertanyakan khabar aku dan bertanya tentang pengalaman aku semasa kemalangan bas rapidKL minggu lepas. Sebaik sahaja aku tiba di Kafeteria dan berborak untuk beberapa ketika dengan Azam, telefon aku berbunyi.

"Aku pun tengok la nombor ni.... tak kenal pun... tapi ni mesti dari ofis sebab nombornya bermula dengan 03XXXXXXXX"

Seperti biasa aku menjawab "Hallo Assalamualaikum dan Selamat Petang, Fayyadz bercakap disini, boleh saya bantu?"

Rupa-rupanya panggilan tu adalah daripada rapidKL... Apakah butir perbualan itu???
Mesti anda pun tahu apakah butirnya kan?? Tak perlu la saya coretkan disini...

"Salam Permisi Buat Warga Bervisi"
"Pemuda Bervisi Mohon Permisi"

4 comments:

azamredzone said...

hehe..saye tau butir2 prbicaraan yg sterusnya dlm prbualan abg dgn pihak rapidkl tu..then abg dh slesai brbual pnjg dgn diorg sye pn mnyibuk menerpa ke arah abg kn..trharu saye bile abg letak my name kt dlm citer abg..hehe..abg perlu bace la blog sye plak after diz k..

azamredzone said...

Ingat,pemuda bervisi harus bersinergi..ok..huhu.. ;-)

eni_melur said...

vision in a mission..
hehehe

azamredzone said...

bile nk update blog??sye nk bace..huhu..