Wednesday, July 22, 2009
.:Pemuda Bervisi Dapat Panggilan Daripada rapidKL:.
Hari ini merupakan hari yang tenang. Langit mendung dilitupi awan yang berkabut menghiasi latar permulaan hidupku untuk hari ini. Tambahan pula fenomena Gerhana Matahari yang melintasi benua Asia hari ini turut berlaku pada waktu pagi. Indah sekali ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Aku mulakan hari ini dengan pelbagai urusan. Mula-mula aku mencetak Keputusan Permohonan Stiker Kenderaan Pelajar dari portal e-HEP UiTM yang telahpun diluluskan. Ini kerana untuk semester baru ni, kereta aku belum lagi didaftarkan secara sah di UiTM. Kemudian, aku terus ke AMBANK Seksyen 9 untuk membayar Loan kereta aku buat kali pertama. Bayaran sebanyak RM4XX aku hulurkan ke kaunter. Selepas itu, aku terus keluar menuju ke Pejabat Bahagian Keselamatan UiTM untuk mendapatkan stiker kenderaan.
Urusan kali ini cukup mudah. Tak perlu mendapatkan cop di Pejabat Unit Pengurusan Non-Resident seperti dulu-dulu. Once dah approved, terus cetak dan beli stiker. Maka aku terus ke kaunter 1 untuk bayaran RM2. Dan kemudian terus ke kaunter 3 untuk mendapatkan stiker yang siap diletakkan nombor kenderaan aku padanya. Aku terus berlalu dari pejabat itu dan menuju ke Pejabat Unit Pengurusan Non-Resident UiTM yang terletak di Kompleks Teratai Satu.
Aku berjumpa dengan staf-staf di situ. Mereka cukup mengambil berat tentangku. Sebaik sahaja mereka menerima berita tentang kemalangan yang melibatkan aku minggu lepas, Pengurus UPNR terus menghubungi aku dan bertanyakan khabar. Maka, kunjungan aku kali ni adalah untuk melawat mereka pula. Aku sempat berborak untuk seketika bersama Pengurus UPNR dan kemudian aku keluar.
Kali ini aku menuju pula ke Pejabat Penasihat Undang-undang UiTM yang terletak di Tingkat 6, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM. Tujuan aku adalah untuk mengadu tentang hal yang melibatkan aku (juga mangsa lain) dengan pihak rapidKL. Bagus juga mereka ni. Semua staf di pejabat ini sangat membantu. (Butir pertemuan aku dengan pegawai di sini biarlah menjadi rahsia kerana tidak mahu menyentuh sensitiviti sesetengah pihak). Setelah beberapa ketika di situ, aku pun terus beredar.
Kali ini aku menuju pula ke Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR1) yang terletak di Puncak UiTM berhampiran Menara Sultan Abdul Aziz Shah (Menara SAAS). Aku tenang di sini. Aku sempat membaca beberapa jurnal berkaitan WaterGate Scandal. Menarik juga. Selama hampir 2 jam aku di PTAR 1, aku pun blah dan menuju ke MultiLevel Parking Building untuk mengambil kereta.
Kemudian, aku ke Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media untuk ke kelas. Kelas aku pukul 2.10 ptg iaitu Intercultural Communication - Puan Massila. Kelas ni cukup menarik. Minggu ni sudah ada empat presentation dan semuanya running smoothly.
Sebaik sahaja kelas aku tamat pada kira-kira jam 5.10 petang, aku terus keluar dan menuju ke Cafeteria. Dalam perjalanan tu, sempat la jumpa 2-3 orang yang bertanyakan khabar aku dan bertanya tentang pengalaman aku semasa kemalangan bas rapidKL minggu lepas. Sebaik sahaja aku tiba di Kafeteria dan berborak untuk beberapa ketika dengan Azam, telefon aku berbunyi.
"Aku pun tengok la nombor ni.... tak kenal pun... tapi ni mesti dari ofis sebab nombornya bermula dengan 03XXXXXXXX"
Seperti biasa aku menjawab "Hallo Assalamualaikum dan Selamat Petang, Fayyadz bercakap disini, boleh saya bantu?"
Rupa-rupanya panggilan tu adalah daripada rapidKL... Apakah butir perbualan itu???
Mesti anda pun tahu apakah butirnya kan?? Tak perlu la saya coretkan disini...
"Salam Permisi Buat Warga Bervisi"
"Pemuda Bervisi Mohon Permisi"
Monday, July 20, 2009
.:Pemuda Bervisi Berasa Sedikit Bengang dengan rapidKL:.
Aku ada temujanji untuk memeriksa mata aku dengan Pakar Oftalmologi(Selepas ini disebut Eye Clinic) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (selepas ini disebut sebagai PPUM). Pada malam sebelumnya, aku menghubungi sepupu aku, Miss CK yang merupakan staf Farmasi PPUM untuk bertanyakan beberapa perkara termasuklah mengenai lokasi Eye Clinic PPUM.
20 Julai 2009 - Jam 9.10 pagi.
Aku memandu sebuah kereta Proton Saga 1.3(A) berwarna Granite Grey yang baru sahaja sebulan aku beli dari sebuah pengedar sah Proton di Bandaraya Alor Star, Kedah. Kereta itu megah menyusur di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur. Ramai anak-anak gadis teruja melihat ketampanan teruna yang memandu kereta tersebut.
Di Lebuhraya Persekutuan, keadaan trafik agak sesak pada ketika itu terutamanya dari Tol Batu Tiga sehingga Jambatan Pulau Pinang (LDP). Namun, ini adalah asam garam pemandu di Lembah Klang. Kalau tak sesak, bukan Lembah Klang namanya. Selama lebih kurang setengah jam memandu sambil makan roti Gardenia Butterscoth bersama air mineral La Boost, maka tibalah aku di sebuah pusat perubatan terkemuka di Malaysia iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas selama lebih 15 minit mencari parkir untuk kereta aku, akhirnya sepasang suami isteri berbangsa India, memandu keluar sebuah kereta Honda CRV dari sebuah lot parkir yang cukup strategik di Tingkat 3A.
Aku pun terus masuk ke lot parkir itu dengan bangganya. Dan tanpa membuang masa, aku terus capai kad temujanji PPUM, 2 unit telefon bimbit, beg duit dan kunci kereta dan bergegas ke Lif. Pada ketika itu, jam menunjukkan pukul 10.08 minit pagi. Aku harus bergerak pantas dan cergas walaupun kurang tangkas bagi mengelak kelewatan. Aku dimaklumkan, kaunter penerimaan pesakit di Eye Clinic ditutup jam 11.00 pagi.
Sebaik tiba di Kaunter Penerimaan Eye Clinic, aku lapor diri dan terus diminta untuk ke Bilik 13. Di bilik 13 itu, seorang jururawat yang cukup lembut tutur katanya meminta aku untuk membaca huruf-huruf yang berbeza saiznya kerana dia ingin mengetahui tahap penglihatan aku yang sebenarnya. Selepas itu dia menyuruh aku tunggu sebentar di luar. Masa itu, aku nampak cukup ramai orang sakit mata rupanya. Sebelum ini aku tak pernah tahu bahawa ramai lagi yang lebih menderita dari aku. Sedang aku asyik memerhatikan gelagat pesakit-pesakit yang lain, aku terdengar kelunakan suara seorang jururawat berbangsa India memanggil namaku di Bilik 19. Aku bingkas bangun dan masuk ke bilik itu.
Dalam bilik itu, seorang doktor bernama Dr Jasvinder Singh memeriksa mata aku dengan sejalur cahaya yang cukup terang. Pedih sungguh mataku ketika itu. Dia kemudian bertanya tentang beberapa perkara berkaitan dan kemudian menyuruh aku pergi ke kaunter untuk membuat pendaftaran.
Maka pada ketika itu bermulalah detik kehairanan aku. Staf itu memohon bayaran sebanyak RM30 sebagai caj pakar perubatan. Aku memaklumkan di Kaunter itu bahawa aku adalah seorang mangsa kemalangan bas rapidKL minggu lalu. Pihak rapidKL telah berjanji secara lisan bahawa mereka akan menanggung segala kos rawatan perubatan yang terlibat untuk semua mangsa kemalangan tersebut. Tetapi malangnya, perkara ini tidak berlaku. Tiada sebarang Surat Jaminan (GL) daripada pihak rapidKL diberikan kepada pihak kami (mangsa kemalangan), mahupun kepada pihak PPUM sebagai bukti liabiliti itu. Aku sebenarnya tak kisah pun nak bayar kos rawatan itu sebab aku mampu membayarnya. Tapi, di manakah janji-janji manis rapidKL itu?
Masa lepas kemalangan minggu lepas ramai Top Management of rapidKL yang datang melawat di Wad Kecemasan PPUM dengan pelbagai jaminan bahawa kami akan diberikan kemudahan itu dan ini. Namun, seminggu lepas itu, janji-janji manis itu hanya tinggal janji. Susah sangat ke nak buat Surat Jaminan tu? Ataupun sebenarnya rapidKL...............(biarlah ayat ini berakhir tanpa noktah)
Sebenarnya, sebelum datang ke PPUM, aku dah pun mengambil GL dari Pusat Kesihatan UiTM pada minggu lepas sebagai langkah persediaan menghadapi segala kemungkinan yang aku sudah jangkakan akan berlaku. Tapi lepas aku dapat GL tu, pihak Pusat Kesihatan UiTM menghubungi aku dan memaklumkan bahawa, kos rawatan aku akibat kemalangan bas rapidKL sepatutnya ditanggung oleh pihak rapidKL. Bukan bermakna Pusat Kesihatan UiTM nak lepas tangan, tapi katanya pihak rapidKL sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana aku adalah penumpang bas mereka. Maka, aku pun berniat untuk simpan sahaja GL UiTM itu. Tapi, bila dah jadi macam ni, aku pun keluarkan la GL UiTM itu untuk memudahkan proses yang kian rumit itu.
Selepas itu, aku terus diberikan nombor giliran yang baru iaitu 0007 dan diminta untuk menunggu sekali lagi di ruang menunggu. Setelah lebih kurang sejam menunggu, akhirnya nombor aku dipanggil di bilik 17. Sekali lagi aku bertemu doktor Jasvinder Singh dan beliau memeriksa mataku dengan begitu teliti kali ini. Mata aku disuluh dengan sejalur cahaya putih dan sejalur cahaya biru. Bercucuran air mata aku pada ketika itu. Mata aku dirobek-robek dan dikuak-kuak. Selepas itu mata aku dititiskan dengan setitis pewarna yang berwarna kuning. Pada ketika itu, seluruh penglihatan aku manjadi kuning. Sejurus selepas itu, maka selesai lah sudah pemeriksaan doktor tersebut.
Aku diberikan preskripsi ubat dan kemudian diberikan tarikh temujanji baru serta Sijil cuti sakit. Aku diminta untuk datang semula pada minggu hadapan. Aku terus keluar dari bilik doktor itu dan terus bergegas ke tandas. Setibanya di tandas, aku terkejut melihat mataku yang trsangat kuning. Aku mengesat lelehan air mata yang masih mengalir lemah di pipiku dan bingkas keluar dari tandas.
Pastu, aku singgah sebentar di Bahagian Kewangan PPUM untuk bertanyakan mengenai status tanggungan bayaran perkhidmatan dan rawatan kesihatan yang sepatutnya kami sebagai mangsa kemalangan bas rapidKL terima. Staf di situ melayan dengan baik. Katanya mereka tiada masalah untuk memberikan rawatan secara percuma kepada semua mangsa kemalangan tersebut asalkan kami mempunyai GL. Kalau tiada GL, maka pihak PPUM tidak dapat memberikan pengecualian bayaran. Menurutnya lagi, pihak PPUM sudah beberapa kali cuba berunding dengan pihak rapidKL untuk menyelesaikan masalah ini, namun semua usaha tersebut masih belum menunjukkan perkembangan positif. Mendengar penjelasan itu, aku hampa...
Aku terus beredar dan menuju ke Farmasi PPUM untuk mengambil ubat. Selepas menyerahkan borang preskripsi ubat, aku terlihat pemandu bas rapidKL yang terlibat dalam kemalangan minggu lepas. Dia memandang tepat ke arahku dan aku juga memandang tepat ke arahnya. Terpancar sinar penyesalan di wajahnya. Aku terfikir, kenapa la dia muncul ni?? Dah la aku tengah bengang dengan Top Management rapidKL hari ni, pastu dia muncul lak kat sini. Aku belum bersedia untuk berjumpa dengannya. Aku terus beredar membeli jagung cawan di kedai serbaneka berhampiran.
Setelah mendapatkan ubat di kaunter 21, aku pun pergi semula ke Bahagian Kewangan PPUM untuk bertanyakan tentang hal pembayaran tersebut. Namun, pihaknya masih belum menerima apa-apa jaminan dari pihak rapidKL. Oleh kerana itu, aku pun terus menghubungi ibu pejabat rapidKL. Malangnya, semua pegawai keluar berehat pada masa itu. Aku diminta untuk meninggalkan pesan. Dalam pesanan yang ditinggalkan, aku tidak dapat elak dari meninggalkan pesanan yang nadanya agak keras. Aku harap pihak rapidKL faham kenapa pesanan aku bernada begitu. Kesian jugak kat operator telefon tu. Tapi apakan daya, dah memang tugas dia. Dan pihak rapidKL juga tidak boleh menyalahkan aku kerana aku hanya menyatakan apa yang aku rasa dan apa yang aku alami.
Waktu mula-mula kemalangan tu berlaku, semua pegawai-pegawai atasan rapidKL datang ke PPUM untuk melawat mangsa kemalangan dan meninggalkan pelbagai janji-janji manis. Tapi kini setelah seminggu kejadian itu berlaku, ke manakah mereka menghilang? Susah sangat ke nak keluarkan GL tu? Kalau susah, kenapa taburkan janji kepada mangsa masa mula-mula kemalangan itu berlaku?
Dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, aku terfikir untuk menggunakan pengaruh media massa untuk menyelesaikan perkara ini. Aku bertindak bukan untuk aku seorang. Tetapi, aku bertindak untuk mewakili semua mangsa kemalangan bas rapidKL yang lain juga. Ramai lagi mangsa yang mengalami masalah yang sama.... Ooohhh rapidKL... Bunyinya macam laju tetapi kerjanya macam...........
Tuesday, July 14, 2009
.:Pemuda Bervisi terlibat dalam Kemalangan Bas rapidKL:.
Oleh kerana aku sorang je yang nak pegi, maka aku pun bercadang nak berjimat. So, aku pun naik la bas rapidKL. Save sgt sebab tambang dari Shah Alam ke KL hanya RM2 pegi balik. Kalau naik kete, aku kena bayar tol saja dah RM2.20. itu belum lagi dicampur dengan harga petrol dan parking yang mahal kat KLCC tu. Dipendekkan cerita, aku pun naik la bas U80 (UiTM Seksyen 2 ke Pasar Seni KL).
Entah mengapa, aku naik je bas tu aku terus duduk kat kerusi bahagian atas tayar belakang sebelah kanan bas. Sebelum ni aku cukup tak suka duduk kat tempat tu. Pelik kan? Aku agak kritikal la jugak masa mula naik bas tu sebab aku perhatikan keadaan bas tu. Aku rasa bas ni kurang selamat. Masa mula aku naik, aku dah kesan bahawa:
1. Pintu utama bas (bahagian depan) hanya boleh dibuka sebelah. Agak sukar kalau ada ramai yang nak naik bas. Mengakibatkan sesak.
2. Tukul pemecah cermin ketika kecemasan hanya tinggal pengangkut. Semua tukul yang sepatutnya berada kat situ dah takde. So, bila berlaku kecemasan, macam mana penumpang nak keluar? Nak pecahkan dengan tangan? Memang tak bleh.
3. Saluran hawa dingin bas sudah banyak yang rosak. Tinggal lubang kosong je kat situ.
Setelah lebih kurang sepuluh minit aku memerhati, bas pun bersedia untuk berlepas ke Pasar Seni. Masa tu jam aku menunjukkan pukul 12.55 tengah hari. Ketika mula perjalanan, aku dapat simpulkan bahawa pemandu bas ini agak brutal. Ini kerana masa kat roundabout seksyen 3 (berhampiran Mc Donalds) Shah Alam, pemandu ni sesuka hati je bunyikan hon kepada pengguna jalan raya lain. Ini menunjukkan bahawa dia kurang sabar ketika memandu.
Ketika di Lebuhraya Persekutuan, bas tersebut didapati dipandu di lorong laju pada kebanyakan masanya sedangkan bas rapidKL sepatutnya dipandu di lorong paling kiri kerana ia adalah bas berhenti-henti. Namun, ketika tiba berhampiran bilik pameran kereta Wolkswagen Petaling Jaya, ada seorang penumpang menekan loceng untuk turun. Dengan keadaan yang agak tergesa-gesa, pemandu bas tersebut terus menukar lorong yang paling kiri. Mengucap panjang aku waktu tu. Ada la jugak beberapa kereta lain yang membunyikan hon kepada bas yang aku naik tu. Sejak dari itu, aku sudah memasang niat bahawa aku akan buat laporan kepada pihak pengurusan rapidKL sebaik sahaja aku turun dari bas itu. Ini kerana aku tak mahu perbuatan seperti ini menjadi amalan pemandu bas rapidKL.
Tidak berapa lama selepas itu, sebaik sahaja melepasi stesen LRT Universiti, aku ternampak sebuah kereta proton satria beraksi seolah-olah tidak berpuas hati dengan pemandu bas yang aku naiki. Dia memandu secara tidak menentu (sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan, dan terlalu perlahan). Oleh kerana itu, pemandu bas cuba mengelak dengan memotong kereta Proton Satria tersebut. Tetapi sebaik sahaja bas nak potong, dia terus laju. Ntah macam mana pemandu bas kami terus memintas di hadapan proton satria tersebut dan terus melanggar pembahagi jalan di kiri lebuhraya. Bas tersebut terhumban ke dalam gaung setinggi kira-kira bangunan dua setengah tingkat. Mulanya aku ingat bas tu akan tersangkut je kat situ tetapi tak sangka plak bleh jatuh terus.
Keadaan masa tu cukup cemas. Aku hanya mampu mencapai apa yang dapat dicapai. Masa bas tu nak terhumban, aku sempat berpaut pada pemegang di kerusi depan aku tetapi malangnya kerusi tu tercabut dan aku berpaut pula pada besi pemegang di tengah bas tetapi malangnya sekali lagi besi tu pun patah dan akibat hilang tempat berpaut, aku pun terus terhumban ke hadapan bas dan menghempap penumpang-penumpang lain yang telah terlebih dahulu terhumban ke situ sebelum aku. Di atas belakang badan aku terdapat sorang lagi penumpang yang menghempap dan mengakibatkan aku sesak nafas seketika.
Sebaik sahaja bas berhenti bergerak, aku terus bangun dan menjerit kesakitan. Cermin mata aku patah dan hilang entah kemana. Mata kiri aku lebam akibat terkena cermin mata tu. Dalam kecemasan itu, aku terus memastikan barang-barang peribadi aku seperti telefon bimbit, wallet dan beg aku terselamat. Aku cuba untuk membuka pintu kecemasan bas. Tetapi malangnya penukul kecemasan tidak terdapat dalam bas ketika itu. Maka, aku pun membuka pintu kecemasan yang terdapat pada bumbung bas tapi tak dapat nak keluar sebab tangan aku sakit, tak larat nak menarik badan naik ke atas.
Maka, aku pun terus menarik penumpang-penumpang yang terhumban ke pintu tengah bas untuk berada di ruang tengah bas bagi mengosongkan ruang pintu bas dan membolehkan pintu dibuka. Masa tu pintu depan bas memang remuk teruk dan pagar penghadang lebuhraya tercucuk menembusi bahagian depan sebelah kiri bas. Mujurlah ada ramai pengguna lebuhraya yang lain segera datang membantu. Mereka membantu untuk membuka pintu tengah bas bagi membolehkan kami keluar.
Aku amat terharu dan berasa sangat teruja apabila dua pemuda yang paling awal datang membantu tersebut tidak terus memasuki ruang dalam bas sebaik sahaja pintu dibuka. Sebaliknya dia terus memesan supaya kami mengambil dahulu barang-barang peribadi yang boleh dicapai sebelum mereka membantu. Bagus la macam ni. At least sume orang berhati-hati. Takde la nanti ada yang mendakwa barang-barang peribadi dicuri oleh penyelamat.
Aku sempat memapah beberapa orang mangsa untuk keluar dari bas dan duduk di tepi jalan sementara menunggu ambulans sampai. Ambulan sampai cepat sebab lokasi tempat kejadian berada tidak jauh dari Pusat Perubatan Universiti Malaya. Masa mulanya aku rasa ok je. Tapi bila lama-lama aku mula rasa sakit dada yang melampau dan sangat susah untuk bernafas. Kedua-dua belah tangan aku berasa kebas dan leher aku tidak boleh dipalingkan. Aku pun terus duduk je menunggu diselamatkan pula. Ambulans yang awal tiba hanya menyelamatkan mangsa yang parah dan kemudian barulah menyelamatkan mangsa yang kurang parah. Aku naik ambulans yang terakhir iaitu yang keenam kalau tak silap la.
Dalam ambulans, leher aku disyaki patah. Maka mereka memasang neck support untuk mengelakkan kecederaan lebih serius. Aku duduk je dalam ambulans tu. Aku naik bersama 3 mangsa lain. Dua daripadanya baring dan sorang lagi duduk je macam aku.
Sebaik tiba di PPUM, aku terus dibaringkan dan dibawa ke bilik kecemasan. Pihak PPUM telah menyuntik beberapa ubat ke dalam badan aku. Kemudian aku di bawa ke bilik x-ray untuk di x-ray bagi mengesan kecederaan.
Lama jugak la nak tunggu untuk masuk dalam bilik x-ray. Ini kerana ada ramai mangsa ketika itu sedang menunggu untuk masuk ke bilik yang sama. Aku tak kisah pun. Biarla pesakit yang serius masuk dulu. Pesakit yang tak kritital macam aku ni tak pe. Lewat skit pun takpe. Aku sempat berborak-borak dengan pembantu perubatan dan jururawat sambil menceritakan pengalaman ngeri yang baru sahaja dialami. Yang menariknya, ramai mengerumuni aku sebab aku ada amik banyak keping gambar ketika kejadian. Aku pun keluarkan kamera aku dan tunjuk pada mereka yang sememangnya pada ketika itu sangat teruja mendengar penceritaanku..
Dipendekkan cerita, lepas x-ray doktor mengesahkan bahawa aku okay. Takde patah-patah dan kecederaan serius. Dia kata aku Cuma mengalami kecederaan otot dan akan sembuh dalam masa seminggu. Kemudian aku ditempatkan di wad pemerhatian sementara menunggu doctor yang sepatutnya memeriksa mata aku sebab mata aku lebam. Lepas disahkan takde pape, aku pun terus dibenarkan pulang. Waktu tu kawan-kawan aku (Ranie, Meor dan Afif Wahdi) dan pun sampai di PPUM untuk membawa aku pulang.
Sebaik dibenarkan keluar, pegawai kanan rapidKL meminta aku tunggu sebentar sebab mereka nak amik maklumat aku. Mereka ni bagus, bagi kami makan dan minum kat situ. Kemudian, aku terus buat laporan polis kat Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Terima kasih Inspektor Mohd Rosmani Roslan kerana sangat banyak memudahkan proses aku kat situ. Untuk makluman, Inspektor Rosmani ni la yang paling awal sampai di PPUM dan amik maklumat berkaitan penumpang-penumpang. Terima kasih banyak. Semoga Allah permudahkan tugas anda.
Sekian sahajalah cerita pengalaman aku. Kini aku masih rasa sakit-sakit badan dan rasa lemah-lemah. Terima kasih juga kawan-kawan yang amat mengambil berat kat aku. Terima kasih Meor, Ranie dan ‘Afif Wahdi kerana paling awal sampai di PPUM untuk mengetahui keadaan aku. Ramai kawan-kawan yang telefon dan Tanya kabar aku. Tak lupa juga keluarga dan saudara mara yang sentiasa mendoakan keselamatan aku. Terima kasih semua.
Inilah keadaan rupa bas yang aku naik setelah ditunda ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur
Ini pula gambar ketika kejadian. Masa ni baru sebuah ambulans yang datang manakala pasukan penyelamat yang lain sedang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa.
Wednesday, April 8, 2009
Pemuda Bervisi Rasa Terkilan
Ceritanya bermula begini...
Semalam (Rabu-8 April 2009), aku menerima panggilan daripada kawan baik aku yang juga pernah menjadi PA aku semasa aku menjawat suatu jawatan dalam UiTM dulu. Panggilan yang aku terima daripadanya adalah biasa kerana kami memang sering berhubung. Tetapi kali ini panggilannya lain sedikit. Dia inginkan suatu pertolongan. Dia nak mintak aku jadi MC untuk MPG fakulti dia.
Dengan nada yang baik, aku menolak permintaannya kerana aku ada kelas pada malam berkenaan bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam. Tambahan pula minggu ini adalah minggu yang terakhir kuliah iaitu minggu ke 14. Pensyarah utuk subjek itu juga dah pesan, kelas final jangan ponteng. Banyak info pasal exam ada dalam tu, dia nak kasi carry marks and nak bagi tips exam. So, aku pun cakap la tak boleh. Pada ketika itu jam menunjukkan pukul 12.55pm.
Lima belas minit kemudian, dia call lagi.
Mintak tolong sangat-sangat sebab mereka dah tak ada emcee lain. Hanya aku sorang la harapannya. Maka aku sekali lagi dengan nada yang baik menolak. Ini bukan kerana aku taknak tolong tetapi kerana aku tak dapat nak tolong sebab aku ada kelas penting. Perbualan tamat disitu.
Kira-kira jam 4.45 petang, MPP fakulti tersebut pula call aku. Dia sekali lagi memohon dan merayu untuk mendapat persetujuan aku supaya dapat menjadi MC untuk malam itu. Aku pun cakap tak boleh. Dia mula tanya mengapa dan kenapa serta pasal apa tak boleh. Aku pun cakap aku ada kelas penting. Lecturer mesti tak bagi ponteng punya. Lagipun aku bukannya menyertai aktiviti fakulti sendiri. Kalau aktiviti fakulti sendiri aku consider la jugak. Perbualan tamat lagi disitu.
Tapi kira-kira sejam kemudian, dia call lagi dan kali ni aku terpaksa mengalah kerana kesian dan niat ingin membantu rakan-rakan. Maka dengan pantas dan tangkas, aku terus la pegi ke venue event tu iaitu di Wisma PKPS Shah Alam untuk mendapatkan skrip yang aku sangka sudah siap.
Sebaik sahaja aku tiba kira-kira sepuluh minit kemudian, aku sekali lagi terkejut apabila mandapat tahu bahawa skrip tidak disediakan. Hanya tentatif program sahaja yang mampu disediakan. Mujurlah pada masa tu aku dipertemukan dengan pasangan pengacara untuk event tu. Dia cakap dia dah buatkan skrip tapi takde la lengkap sangat. Dia pun buat guna tulisan tangan je. Dia pun bidan terjun jugak tapi dia dpt tau awal skit. Jadi ada la masa untuk dia buat skrip tu. Aku pun terfikir gak, diorang ni buat macam kami ni nak sangat jadi MC tu. Pendek kata, semuanya kena sediakan sendiri.
Masa tu aku dah mula terdetik. Mengapa bleh jadi camni? Tak pernah buat event ke? Nak kata tak pernah, tak juga. Sebelum ni banyak je program fakulti tu yang gempak-gempak. Tapi entah laa... Alasannya, mereka terlupa nak fikirkan pasal MC. Aku pun pelik. Kalau lupa pasal persembahan tu ok la lagi. Ini terlupa pasal MC. Huh...
Maka dengan rasa sedikit bengang, aku mendengar penerangan daripada orang bertanggungjawab tentang flow program pada malam itu. Nasib baik la pasangan aku tu dah sediakan skrip skit. Jadi, tak la aku kalut sangat. Aku cakap aku nak masuk kelas pukul 6.30ptg sebab lecturer aku nak kasi carry mark n tips untuk exam. Dapat masuk sekejap pun jadikla.
Tapi oleh kerana ada banyak perkara yang tak settle. Maka perbincangan tu berlarutan sampai pukul 7.05 pm! Dah la event start kul 8.30pm.
Maka setelah itu, aku terus la pulang ke rumah lantas membatalkan niat untuk ke kelas. Aku sampai je rumah terus mandi and bersiap. Tema MPG tu adalah Graduan dan Alam. Maka aku kena la pakai baju berunsurkan alam. Nasib baik aku ada baju batik motif tumbuhan dan berwarna hijau. Maka aku pakai la baju tu.
Lepas je mandi, aku terus pakai baju dan set rambut. Lebih kurang jam 7.55pm aku keluar dari rumah dan terus memecut ke Wisma PKPS. Masa tu perut aku punya la lapar. Niat nak singgah drive thru kat KFC beli fries tapi takut tak sempat lak. Aku tak menjamah sebarang makanan berat pun lagi untuk hari itu. Hanya menjamah biskut cream cracker sebagai alas. So, aku redha dan try untuk tahan lapar. Harap-harap time persembahan nanti bleh la duduk makan jap sepertimana event2 dinner yang selalunya aku hadir.
DAH SAMPAI VENUE....
Sebaik sahaja aku sampai tempat berlangsungnya event tu, aku terus bergegas naik lif. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 8.10pm. Aku terus berlari masuk ke dewan dan berjumpa dengan pasangan aku. Niat di hati nak susun balik apa yang tak kena dan nak adjust balik apa yang kurang. Tup-tup aku dapat info yang mengatakan bahawa ada lagi perubahan yang dibuat oleh pihak penganjur. Aku punya la bengang. Kenapa la banyak sangat perubahan ni.
KETIKA PROGRAM BERLANGSUNG...
Mula-mula kata macam ni. Kemudian macam tu. Lepas tu macam lain plak. Apa ni??? Atas dasar malas nak bising, aku layan je selagi termampu. Kami mintak tolong penganjur sediakan dua kerusi kat tepi dinding supaya senang kami nak bangun dan duduk sepanjang program. Tapi berkali-kali mintak, akhirnya takde pun.
Ada sorang petugas yang memang dtugaskan untuk menjaga MC. Dia bertanggungjawab memegang walkie talkie dan segala info untuk MC akan disalurkan melalui dia. Kiranya macam floor manager la. Aku lega la skit ada dia. Tapi yang ada ni pun rupanya takleh pakai. Dia mudah hilang di saat-saat genting. Maka kami pun sebagai MC tercari-cari kemana la hilangnya.
Kalau nak diikutkan banyak perkara yang terjadi ketika program berlangsung sehinggakan hati aku terdetik untuk tinggalkan majlis. Tapi tak sampai hati la pulak. Mereka selaku pihak penganjur agak kurang menjaga kebajikan MC. Aku terkilan. Bukan la aku ni nak dilayan seperti artis dan sebagainya tetapi cukup seperti majlis lain. Ini bukan kali pertama aku jadi MC. Dah banyak kali dah. Tapi kali ni lain sangat kaedahnya. Mereka patutnya ingat, aku ni berkorban dengan meninggalkan kelas semata-mata nak jayakan majlis mereka. So, kenalah well prepared. Inilah pengalaman yang paling pelik yang pernah aku lalui sepanjang menjadi MC. Aku malas nak cakap lebih-lebih. Kang nanti dikatakan demand pulak.
SELEPAS TAMAT PROGRAM...
Akhirnya, aku pulang dengan hanya memakan makanan sisa yang ditinggalkan oleh tetamu...
~Pemuda bervisi mohon permisi~
Wednesday, December 3, 2008
Pemergian Seorang Pensyarah yang menyedihkan
Setibanya aku kat rumah malam tadi, aku dapat berita yang menyedihkan. Seorang pensyarah- Tn Hj Shafiee Ahmad (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Sumber
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Malaysia, Shah Alam) dan seorang pelajar Maryam Sakinah Ahmad kembali ke rahmatullah setelah terbabit dalam sebuah kemalangan ngeri di New Zealand. Manakala dua pelajar lelaki yang dikenali sebagai Amirul dan Mohd dilaporkan kritikal, dua pelajar perempuan yang lain parah. Seorang yang lain, Aisyah hanya cedera ringan dalam kemalangan terbabit.
Allahyarham Tuan Haji Shafiee Ahmad
Mereka adalah ahli U-VUE Club UiTM yang pergi melawat universiti-universiti di Aucland dan melengkapkan tugasan fotografi untuk kajian kelab tersebut.
Aku terus tergamam. Aku pun sepatutnya pergi jugak trip tu. Untuk makluman, aku adalah Pengerusi Jawatankuasa Penaja untuk kelab u-vue itu. Aku jugalah orang yang menubuhkan kelab tersebut dan mendaftarkannya.
Maka, aku terus sedih, Tidak pernah kusangka kelab yang aku tubuhkan dan menjadi kebanggaan aku telah mencatatkan sejarah hitam. Aku tak jadi nak join trip tu kerana beberapa faktor yang akan aku dedahkan kemudian.
Mulanya sedih jugak tak dapat pegi. Tapi bila difikirkan balik, inilah yang dinamakan hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku. Bayangkan kalau aku pun pegi jugak..
Tn Hj Shafiee adalah seorang pensyarah yang baik walaupun dia agak tegas dalam kelas. Semua budak kelas aku amat menyayangi dia. Oleh kerana itu, kami panggil dia dengan gelaran 'ayahanda'. Kami cukup mesra dengannya.
Allahyarham Tuan Haji Shafiee Ahmad (dua dari kiri). Ketika lawatan Muhibbah ke Kolej Shahputra, Pahang.
Pelajar yang meninggal pula dikenali sebagai Maryam. Dia pun amat baik. Senang berurusan dengan dia. Pendek kata, dia memang takde masalah dengan sesapa pun.
Itulah yang dikatakan ajal. Ajal maut di tangan Tuhan. Ini ada ketentuanNya. Kita hanya merancang... Tuhan yang menentukan segalanya.
Ini adalah laporan berita di sana. Khas untuk tatapan anda.
Two dead after Waikato crash
Keadaan van yang teruk selepas terlibat dalam kemalangan tersebut.
7:37AM Thursday Dec 04, 2008
A male driver and a female passenger were killed and four people injured when their van collided with a truck and trailer unit in south Waikato last night.
The crash happened at the intersection of State Highway 1 and State Highway 5, east of Tirau.
Senior Sergeant Murray Hamilton of Taupo Police said initial inquiries showed that the van ignored a stop sign on SH5 and drove into the path of the truck and trailer unit on SH1.
Of the injured, two men were flown to Waikato Hospital in a serious condition, while two women were taken by ambulance with minor injuries. The truck driver was uninjured.
SH1 between Putaruru and Tirau was closed following the crash and diversions put in place.
- NZPA
Monday, November 24, 2008
Kisah Air-Cond Kereta Aku
Tetiba masa dia bukak and periksa cooling coil. Ada kebocoran di situ. Bocornya sangat la besar. Mmg takleh nak tampal dah. Aku tengok tempat bocor tu pun mmg agak besar la. Rupanya dulu dah penah bocor tempat tu. So, skrg kebocoran tu semakin besar dan tak dapat nak ditampal lagi. Kalau tampal pun sekejap je dah bocor balik. Buat rugi je.
So, aku dicadangkan supaya ganti terus cooling coil tu dgn yang baru supaya tak bocor lagi pada masa akan datang. Harganya mahal gak la. RM180. Aku pikir banyak kali gak. Tapi oleh kerana tak tahan lagi dengan masalah sebelum ni, maka aku pun nekad tukar je. Senang citer. Mahal pun takpe. Janji puas.
Inilah rupa cooling coil yang baru itu. Buatan APM.
Yang ni pulak cooling coil yang lama. Dah kotor dan bocor. Melayang duit aku...huhuhu...
Lepas dah tukar tu baru la brader tu gitau yang aku gas kena isi lagi sebab dah bocor besar, gas sume dah abis. So, kena la tambah duit lagi. Gas tu dah la mahal. Jenis R134a. Hmm... takpe la.. isi je la. Kalau dah tukar cooling coil takde gas tak guna gak. Air cond tetap tak berfungsi.
Pastu bila dah masuk gas sume, kompresor lak bunyi skit. Kena tambah minyak pulak. Tambah la RM40 lagi. Hishh... sebab tu la aku malas nak bawak keta ni repair. Bila dah repair satu... ada je benda lain yang kena tambah. Tak tambah nanti rosak yang lain plak. Susah di kemudian hari.
So, tambah je lah...
Lepas dah tambah berbagai-bagai kos sampingan tu, maka total semuanya RM260. Fuhh... nasib baik la masa tu aku ada RM280 dalam wallet. Memang ngam-ngam la. Lepas bayar kos ni aku ada balance lagi RM10 je.. huhuhuhu... sedihnya.
Tapi best la jugak air-cond dah kembali berfungsi. Lepas je aku kuar kedai tu, terus aku pegi ATM. Kena cucuk duit lagi. Kalau tak pokai la aku. Aku test air-cond tu... aku bukak paling sejuk. Menggigil aku dibuatnya. Memang betul-betul sejuk la. Even lagi sejuk daripada sebelum ni. Akhirnya aku puas ati jugak. Walaupun duit melayang...
Saturday, November 22, 2008
Kisah Kasih Seorang Ibu
Oleh kerana terlewat tiba, aku pun berlari ke tempat punch card sehingga terlupa tag konvokesyen. Kalau tak ada tag ni, susah sikit nak masuk kawasan larangan. Biasalah.. org ramai masa konvo ni. Selepas aku tandakan 'punch card' di Bilik Operasi, maka aku pun bergegas semula ke tempat letak kereta untuk mengambil tag yg tertinggal itu.
Waktu aku menuju ke Dewan Sri Budiman (tempat berlangsungnya istiadat konvokesyen), aku terlihat seorang ibu yang agak lanjut usianya dan kelihatan sedikit bongkok. Aku pasti dia datang ke sini untuk melihat anaknya yang berkonvo hari ini. Aku berasa sungguh simpati. Melihatnya, aku dapat merasakan bahawa dia bukanlah orang yang senang dan bukan juga orang yang sederhana. Bajunya yang agak lusuh dan tas tangannya yang agak berusia menambahkan lagi sangkaan aku. Dia sedang beratur di celah-celah waris graduan lain yang turut beratur untuk masuk ke dalam Dewan bagi menyaksikan acara yang bersejarah buat anaknya. Aku terus berlalu menuju ke dalam dewan. Tetapi perasaan simpati aku masih bermain di kotak fikiran.
Beginilah suasana di dalam Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA Malaysia, Shah Alam. Masa ni semua graduan dah masuk. Tgh tunggu perarakan besar masuk ke dalam dewan untuk memulakan istiadat.
Setelah selesai sidang sesi pagi, aku keluar menuju ke foyer. Aku suka memerhatikan gelagat manusia di situ. Ada yang berwajah ceria. Ada yang menangis kegembiraan. Ada yang berwajah masam. Ada yang berwajah lesu (mungkin terlalu letih menempuh perjalanan yang jauh). Wajah-wajah ini memang biasa dilihat ketika konvokesyen di mana-mana sahaja.
Tiba-tiba ibu yang aku lihat semasa sebelum bermula istiadat pagi tadi melintas di hadapan aku. Sungguh kasihan aku melihat ibu itu. Walaupun kurang berkemampuan, dia tetap menyimpan hasrat untuk menghadiahkan bunga untuk anaknya sepertimana yang dilakukan oleh keluarga graduan yang lain. Begitulah gambaran kasihnya seorang ibu kepada anak. Di tangannya aku lihat hanya sekuntum bunga mawar berwarna merah yang dibelinya. Tidak seperti ibu bapa lain yang membeli sejambak bunga yang digubah indah untuk anak mereka.
Aku amat simpati. Mungkin hanya sekuntum bunga itu yang mampu dibelinya. Walaupun sekuntum, tetapi harganya tidak kurang daripada RM5. Oleh kerana aku mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin menyiasat, maka aku mengekorinya jauh dari belakang. Kira-kira lima minit berjalan, dia disapa oleh seorang anak teruna yang lantas memeluknya. Aku pasti, lelaki itu adalah anaknya. Ibu itu memberikan ciuman mesra kepada jejaka itu dan seraya memberikan sekuntum bunga yang berada di tangannya. Jejaka itu menyambutnya penuh dengan perasaan terharu. Lantas, aku yang sedang memerhatikan gerak geri mereka dari jauh berasa amat sedih.
Dia tak henti memeluk ibunya dan aku dapat melihat mata ibu itu berkaca dan mula mengalirkan air yang jernih. Sedih sungguh. Jauh di sudut hatiku berasa bersyukur. Walaupun aku sudah lama hidup tanpa ayah, tetapi hidup aku tidaklah susah. Walaupun, ayahku meninggal ketika usiaku masih mentah, tetapi aku masih mampu diberi makan dan minum secukupnya oleh ibu. Dan ibu aku juga boleh hidup dengan senang. Boleh pakai baju-baju yang baru, beg tangan berjenama, telefon bimbit baru, makan di restoran mewah (sekali-sekala), memandu kereta import dan mendiami rumah yang selesa.
Walaupun aku merasakan hidup aku susah, aku kini sedar ada lagi insan yang jauh lebih susah daripada aku. Walaupun kadangkala aku merasakan kehidupan aku kurang sempurna, aku kini sedar bahawa ada lagi insan yang hidup lebih jauh tidak sesempurna hidup aku.
Jauh di sudut hati aku berharap agar suatu hari nanti jejaka itu dapat mengubah nasib ibunya. Jangan biarkan ibu itu terus hidup dalam kesusahan. Biarlah kesusahannya membesarkan dan memberi pelajaran kepada anak terunanya itu berbalas dengan ganjaran kesenangan hidup di usia senja. Amin...