Wednesday, December 3, 2008

Pemergian Seorang Pensyarah yang menyedihkan

Semalam aku selamat sampai ke Alor Star pada jam 2.00ptg setelah bertolak dari Shah Alam jam 9.00 pagi. Pada malamnya aku ambil kesempatan untuk meronda-ronda Alor Star setelah lama tak balik.



Setibanya aku kat rumah malam tadi, aku dapat berita yang menyedihkan. Seorang pensyarah- Tn Hj Shafiee Ahmad (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Sumber
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Malaysia, Shah Alam) dan seorang pelajar Maryam Sakinah Ahmad kembali ke rahmatullah setelah terbabit dalam sebuah kemalangan ngeri di New Zealand. Manakala dua pelajar lelaki yang dikenali sebagai Amirul dan Mohd dilaporkan kritikal, dua pelajar perempuan yang lain parah. Seorang yang lain, Aisyah hanya cedera ringan dalam kemalangan terbabit.




Allahyarham Tuan Haji Shafiee Ahmad

Mereka adalah ahli U-VUE Club UiTM yang pergi melawat universiti-universiti di Aucland dan melengkapkan tugasan fotografi untuk kajian kelab tersebut.

Aku terus tergamam. Aku pun sepatutnya pergi jugak trip tu. Untuk makluman, aku adalah Pengerusi Jawatankuasa Penaja untuk kelab u-vue itu. Aku jugalah orang yang menubuhkan kelab tersebut dan mendaftarkannya.



Maka, aku terus sedih, Tidak pernah kusangka kelab yang aku tubuhkan dan menjadi kebanggaan aku telah mencatatkan sejarah hitam. Aku tak jadi nak join trip tu kerana beberapa faktor yang akan aku dedahkan kemudian.



Mulanya sedih jugak tak dapat pegi. Tapi bila difikirkan balik, inilah yang dinamakan hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku. Bayangkan kalau aku pun pegi jugak..

Tn Hj Shafiee adalah seorang pensyarah yang baik walaupun dia agak tegas dalam kelas. Semua budak kelas aku amat menyayangi dia. Oleh kerana itu, kami panggil dia dengan gelaran 'ayahanda'. Kami cukup mesra dengannya.

Allahyarham Tuan Haji Shafiee Ahmad (dua dari kiri). Ketika lawatan Muhibbah ke Kolej Shahputra, Pahang.


Pelajar yang meninggal pula dikenali sebagai Maryam. Dia pun amat baik. Senang berurusan dengan dia. Pendek kata, dia memang takde masalah dengan sesapa pun.

Itulah yang dikatakan ajal. Ajal maut di tangan Tuhan. Ini ada ketentuanNya. Kita hanya merancang... Tuhan yang menentukan segalanya.


Ini adalah laporan berita di sana. Khas untuk tatapan anda.

Two dead after Waikato crash


Keadaan van yang teruk selepas terlibat dalam kemalangan tersebut.

7:37AM Thursday Dec 04, 2008
A male driver and a female passenger were killed and four people injured when their van collided with a truck and trailer unit in south Waikato last night.
The crash happened at the intersection of State Highway 1 and State Highway 5, east of Tirau.
Senior Sergeant Murray Hamilton of Taupo Police said initial inquiries showed that the van ignored a stop sign on SH5 and drove into the path of the truck and trailer unit on SH1.
Of the injured, two men were flown to Waikato Hospital in a serious condition, while two women were taken by ambulance with minor injuries. The truck driver was uninjured.
SH1 between Putaruru and Tirau was closed following the crash and diversions put in place.
- NZPA

4 comments:

dAkBaiK said...

al-fatihah kepada mereka

fina said...

he taught me international marketing kat masscomm, way back in d year 1999/2000 when i was in MC22 public relations deg. masa tuh dia belum gi haji lagi kot. we all panggil dia En. Shafiee. he's cool & obviously a good lecturer. mmg berkesan di hati. last week teringat kat dia, terkilan he died in a such tragic way.

Zaheera said...

I know him since i belajar kat Arau lagi.. He is my aunty punya neighbour.. Eventhough, dia tak penah ajar i but selain jumpe dia kat faculty, slalu gak teserempak dia every week bile i singgah umah my aunty gie cuci baju..in the other word he know me as my aunty punya nice rather than a masscomm student.. Allahyarham jugak akan make sure datang umah my aunty kalu dijemput dtg makan2 or doa selamat..

I can say that Allahyarham seorg jiran yg perihatin la.. Dia penah buat trip tuk neighbour dia.. and my aunty punya family join that trip.. Allahyarham siap buat video lagi n bagi tu all neighbour yang join...

Bertambah sedih lagi that my little cousin (aidid) mengaji kat rumah dia.. So sad that kite kehilangan dia.. I guess tuhan lebih menyayangi dia.. Thats y he had to leave us behind..

Aloy Paradoks said...

lama tak jumpe Yam, sbb sem ni gua jarang turun fakulti...

al fatihah buat yam dan tuan haji.